Thursday 22 November 2012

PERMULAAN DIARI HANA

Sejujurnya saya langsung xpndai nak berblogging ni..Nak edit lah, nak hias cantek2...mcm blog orang lain. Cukuplah apa yang ada...>-<

tp kebanyakan blog2 yg sy ikuti apa yang saya faham, blog ni kdg2 berfungsi utk

promosi barang
diari kehidupan seharian
tempat meluahkan perasaan

yang ke-3 tu sgt sesuai utk saya...

mungkin sebab
.
.
.
xde tempat untuk mengadu untung nasib (untung sgt ke)
xsemua faham isi hati dan keadaan aku
xsemua kwn boleh dipercayai dan ada disaat jatuh bgnku...(Wallahualam)
aku jenis menyendiri, suka memendam masalah sorang

Masalah apa???

Keluarga? - X

Kawan? - 50%

Cinta? - 100%

Mmg masalah cinta. Tp saya xtau nak mulakan dari mana. Hati ni dh rasa tepu, berat sgt utk simpan rasa ni...saya sendiri pn automatik akan T-T bila cerita kisah sendiri. Hari2 berdoa, mengadu pada Allah. Kdg2 saya xterlepas dr rasa rendah diri, hilang semangat, rasa penat nak berdoa..(bak kata Kak Huda a.k.a kak ipar Mr F, saya ni derita dalam diam).

Ada jugak 2 3 org yg tahu sejarah cinta saya dan Mr F, mereka pn nak menangis...Bak kata pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu memikul".

PERLU KE X SAYA LUAHKAN DALAM BLOG NI???

Maafkan aku Ya Allah, aku xde niat nak mengaibkan sesiapa. Cuma biarlah kisah cinta aku menjadi pengajaran utk orang lain supaya tidak terleka dengan permainan cinta dunia. Cinta yang kekal hanyalah cinta kepadaMU ya Allah..dan Cinta yang halal selepas bernikah..

Biarlah kalau ada yang mengutuk ke menghina, memperlekehkan aku, membenci aku, aku redha...




Wednesday 21 November 2012

11 TIPS DALAM BERPASANGAN

Xtawlah betul ke idak...

1. Beriman Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum. ~ lelaki pembimbing bkn utk dibimbing


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan. 


3. Romantis Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak. 


4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama. 


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..?? 


6. Jangan merendahkan pasangan anda Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar? 


7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang? 


8. Usahakan untuk selalu berada disisinya Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… . 


9. Komunikasi Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar. 


10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda Cukup jelas… Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda. 


11. Jujurlah selalu Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum. ~ yang ni aku setuju bangatlah sbb bila berbohong mula cipta mcm2 alsan utk cover kesalahan..

Sumber dari:
<a href="http://penpatah.blogspot.com/2012/09/11-tips-dalam-berpasangan.html">11 Tips Dalam Berpasangan</a>

"SELAMAT HARI JADI"

Hari ni adalah 22 November 2012...(Ape??korang pun tau ekk)

Xdelah cuma nak luahkan je..hari ni adalah birthday MR F..

tp saya sedih
.
.
.
sebab??

tahun ni xdpt nak sambut birthday MR F same2...
tp just bg ucapan je melalui SMS setelah 1 tahun xbertegur sape..

Hurmmmm mesti ade yang pelik nape pulak xbertegur sape...

Saya xready nk cerita..

tp ape pn ni last year pny card birthday wishes yg saya bg pada dia


+

buku motivasi yang bertajuk "Bercinta Sampai ke Syurga"


tp xtawlah sama ada dia masih simpan dan hargai buku ni ke tak...


T-T


Tp setiap hari saya doakan dia dan keluarga hidup dalam keberkatan Allah dan bahagia dunia dan akhirat..

***Wlpn dia xde wish ape2 utk birthday saya tahun ni tp xpla..think positif ye Cik Ana oii..Sekian:)

Monday 19 November 2012

PESANAN ARWAH HAJI NASIR

Utk dikongsi bersama pesanan yang boleh memotivasikan diri sebagai seorang manusia yang hidup di muka bumi Allah s.w.t


Sources from my cousin, thank you for sharing with us..:)




Hari ini saya terasa seperti ingin menulis mengenai pesanan arwah datuk saya Haji Nasir bin Abdullah. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira sehari selepas berbicara panjang lebar dengan saya di dalam kereta saya menuju lawatan terakhir beliau ke Klinik Dr Jelita di Bukit Gambir, Muar. Walaupun hanya 2 jam berbicara, saya rasakan seperti berkata-kata dengan seorang yang amat tinggi ilmu pen
getahuan dan luas pandangan serta pengalaman. Sedikit benar yang terlintas di pemikiran saya bahawa itu adalah kata-kata hikmah terakhir buat saya. Saya mengambil masa agak lama untuk menulis pesanan beliau kepada saya, kerana ingin memahamkan dan mengamalkannya dahulu, sebelum memberitahu kepada orang lain dan ternyata kata-kata beliau sangat benar. Pesanan Hj Nasir adalah: 

1- Di dalam dunia yang paling berharga adalah ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan datang pengiktirafan, datang rezeki, datang kemurahan hati, tunduknya takbur dan riak, dan datang ketenangan. 
2- Selalu mempunyai cita-cita yang besar, walaupun ketika ini kita hanya ada 20 sen di dalam poket. Cita-cita itu doa, usaha itu ibadat, dan serahkan segalanya kepada Allah kerana kepada Allah juga terpulang segala urusan. 
3- Jangan bertengkar adik-beradik, saudara mara dan jiran tetangga kerana itulah kekuatan ummah. Punca pertengkaran selalunya bermula dengan membandingkan siapa hebat, siapa kaya, siapa cantik, siapa punya anak cerdik, siapa berlagak dan berpuak-puak dalam adik beradik. Selalu mempunyai ketenangan diri, tidak cintakan dunia dan mempunyai sifat pemaaf akan banyak membantu dalam hal mengelakkan pertengkaran seperti ini. 
4- Elakkan berlumba-lumba menunjukkan siapa hebat. Lebih baik bertolong menolong supaya sama-sama hebat dan bukan merendahkan orang lain untuk menunjukkan kita hebat. Ingatlah, Allah Maha Pembalas. 
5- Selalunya, apa yang kita usahakan tidak membuahkan hasilnya seperti apa yang kita mahukan. Inilah keindahan hidup di dunia yang segalanya adalah ujian. Apa yang kita putuskan selepas itu, sama ada bersyukur, riak, putus asa atau marah, itulah yang akan mencerminkan diri kita yang sebenar dan itulah keputusan hakiki untuk apa yang kita usahakan. 
6- Jangan bertolong-tolong dalam hal kejahatan dan fitnah walaupun sebesar zarah. Nampak mudah, tetapi sukar sekali untuk dilakukan. 
7- Merantaulah, tengok tempat orang jika berkesempatan. Jangan kita jadi seperti katak di bawah tempurung. 

Saya amat terkilan kerana tidak dapat bersama ketika beliau menghembuskan nafas terakhir namun saya sedar pesanannya pada saya bukan sekadar cakap kosong. Beliau merangkumkan segalanya, pengalaman hidup hampir 90 tahun di dalam pesanan pendek yang amat bermakna. Al-Fatihah untuk Hj Nasir bin Abdullah. 

Juga buat famili Khairina YaacobKhairizan YaacobFikhri AzmanAnum AzmanNoorazedah ZiedaZainul TrdRabiatul FarhanaAida YaakubMohamad Ridzuan Mohd Saim dan lain-lain. Semoga pesanan Allahyarham dapat memberi kita buah fikir dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.


Sekian...Renungan kita bersama

♥KESAYANGANKU♥

Hari ni saya nak kenalkan kat uols mereka-mereka yg menjadi kesayanganku <->

Tempat pertama dimenangi oleh:

Mak & Abah ler....LOVE u soooo much..T-T

Tempat kedua ialah:

Adik-adikku yang busuk..hahaha..(sorang perasan cun, sorang perasan hensem)

Tempat ketiga pulak:

Lovely auntie a.k.a bibik Miah haku (org Jawa la katakan)
sebab
...
...
bibik yg paling sempoi
xpernah kedekut
xpernah berkira w/pn gaji aku 4x ganda lebih besar dr dia

Cun kan bibik aku...(sape dpt teka umor dia ngn betul aku bg cekelat)

Tempat keempat adalah mereka-mereka (adik angkat kategori haiwan)
....
....

Namanya ebit..tp dh arwah dh mase banjir tahun 2011..dia ni MR F (x love) aku belikan..nanges bila mak bgtaw dia lemas...rindu ebit cayang...Moga roh die tenang kat sana...T-T


Yg ni pulak namanya Che puteh..bulu kembang2...suka geget2 orang tanda manja...kuat merajuk kalau mak xsentuh dia sehari...sedap peluk sb bulu kembang...tp dia xleh dok diam..rimas agaknya kena pegang je..


Ha cube teka dak kucen ni betina ke hok jate...sekali imbas mcm jate tp sebenornya hok tino..tp aggresif, suka main, tido makan, paling penting setiap hari byk benda yg dia ni buat saya sekeluarga gelak. 

Ehh lupa lak nama dia Cumik sb mase kecik dia kuat nangis "mik...mik..mik..". Dah mak bg nama Cumik..yg bestnya dia taw nama dia Cumik..Paling xleh blah kucen ni anggap mak haku tu mak dia...mak panggil je cepat2 ikut..lau kami yg lain panggil dia wt xngheti je...


Dan Sebenarnya ramai lg yg saya sayang...Cuma biarlah disimpan dalam hati je

Sbb???Motip???

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yg Tahu...:p




Sunday 18 November 2012

GAMBAR PELIK, MENARIK, TERTARIKS

Gambar-gambar yang saya paling pelik penah tgk(??? tetiba je aku ni rajin nak update blog malam2)


No 1 ----- Biskut Baby (super cute) tp cam gila pulak nak makan...seolah-olah makan baby yang cute tu...

xsampai hati kot nak makan..




No 2 ----- Biskut Seluar Dalam Wanita (eaaa lalu pulak nak makan ke??)

lelaki gatal mesti sukalah..(hahaha)




No 3 ----- Bangunan pelik (aku xtaw contractor mana yg buat ni, pening kepala tgk)





No 4 ----- Katil Burger (lau ade katil macam ni confirm mimpi pun mimpi makan burger..xpun mimpi jadi burger..huhu)





Nak tgk lagi???kenapa 4 je??sbb saya dh mengantuk kerana esok pg2 nak bgn g outstation ke muar..

Esok jelah kita sambung...GOODNITE ..:)



"TERUSKAN BERDOA"


Motivasi utk diriku hari ni..

Kenapa?Mengapa?



"Jangan pernah jemu BERDOA, ALLAH sentiasa mendengar" ------> kerana sbg Hamba mmg kita sgt memerlukan DIA,sentiasa dambakan pertolongan DIA,tiada pertolongan selain DIA. ALLAH sgt sayang pada hambaNya. Sebab itulah DIA turunkan ujian,dugaan yang MAHA hebat ni kepadaku...

Sebab -----> DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buatku, pasti ada sinar kebahagiaan buatku suatu masa nanti.

InsyaALLAH...T  T